|
1 . Tentang Emas
Harga emas boleh disemak terus di laman web rasmi KAB Gold (https://kabgold.my)
Harga akaun emas Uncang Emas berubah setiap 24 jam pada jam 12.00 malam berdasarkan harga emas dunia. Sekiranya ada kenaikan atau penurunan harga emas yang drastik, harga UE akan berubah kurang dari 24 jam.
Harga emas fizikal Belian Terus berubah setiap 15 minit berdasarkan harga emas dunia.
Harga emas bukan harga kawalan, sebab itu kita lihat pelbagai harga ditawarkan.
Harga retail di pasaran luar mungkin lebih mahal kerana kos yang melibatkan penghasilan emas fizikal berbeza mengikut kos pembuatan yang lebih tinggi mengikut tempat masing-masing.
Di KAB Gold, harga emas fizikal Belian Terus (BT) harga emas fizikal yang sudah termasuk dengan kos Premium.
Manakala harga emas akaun Uncang Emas (UE) adalah harga emas semata tidak termasuk Premium.
Caj Premium dikenakan jika kita ingin keluarkan fizikal dari akaun UE.
Jika dibandingkan dengan kedai emas atau pasaran luar, harga emas di KAB Gold lebih berpatutan.
Ini juga termasuk dengan harga perak KAB Gold.
Belum ada sejarah emas bertambah sendiri melainkan kita sendiri yang menambahnya.
Kalau ada yang berkata begitu, sila lari cepat-cepat sebelum anda terkena.
Jadi simpan emas ni tiada dividen bukan macam simpan di bank, ASB dan Tabung Haji.
Kita boleh mendapat keuntungan untuk jangkamasa panjang disebabkan harga emas yang sentiasa meningkat.
Kita lagi akan nampak keuntungan simpan emas apabila kita amat memerlukan duit.
lagi-lagi pula yang jenis susah nak menyimpan duit. Patutnya duit simpanan bertambah,tapi entah hilang ke mana.
Masa ini emas yang kita simpan boleh dijual untuk mendapatkan duit.
Duit ini sifatnya untuk dibelanjakan, jadi semakin banyak duit ada ditangan, semakin ligat kita berbelanja.
Jadi kita tukarkan duit kita kepada emas sebab emas ini sifatnya untuk disimpan.
Gunakan sifat duit untuk dibelanjakan untuk membeli emas yang sifatnya untuk disimpan.
Nafsu berbelanja dapat dilunaskan, simpanan kita pun dapat diselamatkan.
Emas juga kalis dari inflasi matawang yang kita gunakan.
1 Dinar boleh membeli sekurang-kurangnya seekor kambing sejak 1400 tahun dulu.
1 Dinar pada Januari 2021 berharga lebih kurang RM 1,166, cuba tengok harga sekarang berapa?
Nilai emas juga tak akan menjadi kosong walau jatuh macam mana pun.
Menariknya, orang yang disenaraihitam sistem kewangan juga masih boleh memiliki emas.
Jadi ianya boleh menjadi benteng terakhir kewangan kita kerana tiada siapa tahu berapa banyak emas kita miliki.
Uish, macam mana pulak emas ni tiada had? Bumi kita pun ada hadnya, mana mungkin jumlah emas di dunia ni tiada had.
Kalau emas yang masih belum dilombong, mungkin masih banyak. Tapi jumlahnya tetap ada had.
Ada beza jumlah yang kita tak tahu dengan jumlah tiada had.
Kalau ada yang berkata emas tidak terhad, sila lari cepat-cepat sebelum anda terkena.
Kalau memang anda pergi beli terus di kilang emas, mungkin betul la apa yang dia beritahu.
Tapi kalau anda bukan beli di kilang, dan jika betul memang dia jual harga kilang, takkan la dia tak ambil untung kan?
Macam mana nak bayar kos pengangkutan, gaji pekerja lagi, kos sewa/beli kedai dan kos-kos yang lain lagi?
Jadi bila ada yang mengatakan dia jual harga kilang, tepuk dada, tanya selera.
Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun atau 20 tahun yang lepas bahkan sebelum itu lagi.
Sebab masa tu harga emas murah dari sekarang. Tapi masa yang berlalu tak akan kembali lagi.
Jadi masa terbaik untuk beli emas adalah bila ada duit.
Cara yang terbaik untuk beli emas adalah beli dulu baru tunggu.
Tempoh yang terbaik untuk beli dan simpan ialah sekurang-kurangnya 2 tahun.
Dalam jangka pendek, kita akan lihat turun dan naik harga emas.
Kita tak tahu bila harga akan turun jika nak tunggu harga murah untuk beli.
Takut pula harga emas dah turun, duit pula tak ada untuk dibeli.
Bila lihat sejarah harga emas dunia, harga emas semakin naik.
Harga akan jadi murah bila ia jadi sejarah.
Boleh rujuk sejarah harga emas dan trend harga emas semasa di sini:
https://goldprice.org
Masa terbaik untuk jual emas ada 3 keadaan :
1. Peluang untuk tukarkan ke aset yang lebih baik.
- contohnya rumah untuk pelaburan di bawah harga pasaran ataupun modal untuk memulakan perniagaan.
2. Sudah mencapai matlamat menyimpan.
- contohnya sampai waktu menunaikan haji, anak nak masuk universiti atau deposit untuk membeli rumah.
3. Ada hal kecemasan, setelah duit simpanan kecemasan telah habis.
Selain daripada 3 keadaan ini jangan jual emas. Jangan nak beli telefon mahal, nak makan kedai mahal pun kira kecemasan juga.
Ada orang kata yang hidup sentiasa cemas ni biasanya banyak buat salah ataupun anda memang ada penyakit cemas.
Harga emas di KAB Gold sekarang dalam sekitar RM 450 (Mac 2025) untuk 1 gram.
Untuk harga terkini, boleh semak terus di laman web rasmi KAB Gold (https://kabgold.my)
Kita tidak dapat meramal masa depan, jadi harga emas tidak dapat dipastikan pada masa hadapan.
Tapi berdasarkan sejarah harga emas dunia, dalam jangka masa panjang harga emas akan sentiasa naik.
Untuk jangka masa pendek, harga emas memang akan ada turun naik.
Cuma kita tak tahu berapa dan bila turun naik tu berlaku.
Yang penting nilai emas tak akan menjadi kosong kerana macam mana pun emas tetap ada kos pemprosesan.
Spread ialah perbezaan harga Jual dan harga Beli pada sesuatu masa. Ia juga selalu diistilahkan sebagai'susut nilai'.
Ibarat kita beli barang kemas di kedai emas, bila nak jual balik kedai emas akan tolak 25% dari harga semasa.
Itu untuk cover kos operasi & keuntungan peniaga emas, sama macam transaksi dengan money changer.
Jika kita lihat di laman web rasmi KAB Gold https://kabgold.my, ada 2 harga semasa yang dipaparkan iaitu SELL dan BUY.
Harga SELL ialah harga KAB Gold jual kepada kita, harga ini termasuk Premium jika kita beli ITEM Fizikal.
Manakala harga BUY ialah harga KAB Gold akan beli jika kita nak jual semula kepada KAB Gold, tidak termasuk Premium.
Harga BUY tersebut telah ditolak % SPREAD yang KAB Gold tetapkan.
Premium ialah kos-kos yang terlibat dalam pembuatan emas/perak dalam bentuk Fizikal.
Kos ini dikira daripada pesanan pelanggan sehingga item tersebut menjadi Fizikal
Kos ini berlainan mengikut jumlah berat item yang dipesan.
Jika kita lihat di laman web rasmi KAB Gold https://kabgold.my, caj Premium ini dipaparkan ketika anda melihat item fizikal
Harga Jualan yang dipaparkan ialah harga yang sudah termasuk dengan kos Premium.
Harga Uncang Emas pula tidak termasuk dengan Premium. Premium hanya dikenakan sekiranya pelanggan ingin mengeluarkan item Fizikal daripada akaun tersebut.
Akaun Emas dalam KAB Gold di panggil Uncang Emas (UE)
UE adalah belian emas dalam GRAM yang belum lagi kita tahu bentuk fizikal.
Jadi harga UE tidak termasuk Premium.
Premium hanya perlu dibayar ketika ingin mengeluarkan fizikal emas anda.
Goldbar 1 gram fizikal pula kita beli emas dalam bentuk PRODUK.
Jadi harga goldbar 1 gram adalah harga yang sudah termasuk Premium.
Edisi Klasik
- Lebih murah sesuai sebagai emas pelaburan.
- Premiumnya paling murah dan tetap
- Harganya bergantung kepada trend emas dunia (update setiap 15 minit)
- Akan direstock sekiranya habis
Edisi Terhad
- Harganya agak mahal kerana ia emas koleksi.
- Premium bergantung kepada design, packaging, royalti dan permintaan (demand)
- Stoknya terhad: Jika habis, tiada restock
- Harganya tetap (akan berubah sekiranya trend emas drastik)
- Kadang-kadang harga murah jika ada promosi.
Emas Koleksi atau Edisi Terhad ialah jenis emas yang dibeli untuk tujuan koleksi dan lebih mahal berbanding emas biasa.
Di KAB Gold, emas Edisi Terhad adalah tergolong dalam kategori Emas Koleksi.
Sekiranya ingin beli emas sebagai simpanan atau pelaburan, emas koleksi adalah kurang sesuai kerana:
- Harga emas koleksi lebih mahal berbanding edisi biasa (Klasik) atau akaun emas Uncang Emas (UE)
- Jika dijual di KAB atau arrahnu, harga yang diambil rujuk kepada edisi biasa.
Antara faktor yang menyebabkan harganya mahal berbanding Edisi Klasik atau UE ialah:
1. Reka bentuk yang unik atau bersejarah, termasuk keluaran khusus.
2. Emas dengan nombor siri yang menarik atau cantik boleh menjadi lebih bernilai.
3. Pengeluaran emas yang terhad - apabila sudah habis dijual, harganya melambung tinggi jika ada permintaan.
Walaupun begitu, bagi golongan pengumpul emas, mereka tetap membeli emas koleksi disebabkan tiga faktor di atas.
2 . KAB Gold
KAB Gold | Bank |
---|---|
1. Simpanan emas dalam akaun Uncang Emas tidak dikenakan sebarang caj simpanan. | 1. Caj simpanan dikenakan untuk simpanan dalam akaun emas. |
2. Urusan Jual Beli dalam talian boleh dilakukan 24 jam sehari termasuk hari tidak bekerja. | 2. Urusan Jual Beli hanya boleh dilakukan semasa waktu operasi bank sahaja, tetapi anda masih boleh membuat booking order di waktu luar operasi |
3. Pembelian emas di KAB Gold dengan dua cara ialah Uncang Emas (UE) iaitu akaun emas dan Belian Terus (BT) iaitu fizikal emas. | 3. Kebanyakkan bank hanya menawarkan pembelian melalui akaun emas sahaja. |
4. Emas KAB Gold tidak terikat dengan sistem kewangan bank negara. | 4. Setiap pembelian di bank terikat dengan sistem kewangan bank negara. |
5. Orang yang diisytiharkan muflis atau disenaraihitam oleh sistem kewangan masih boleh menyimpan dan membeli di KAB Gold. | 5. Sekiranya orang itu diisytiharkan muflis atau disenaraihitam oleh sistem kewangan, semua akaun berkaitan akan dibekukan. |
6. Setiap emas yang dibeli di KAB Gold boleh difizikalkan sekecil 0.5 gram. | 6. Kebanyakkan bank tidak menyediakan pengeluaran kepada bentuk fizikal. |
7. Emas KAB Gold adalah emas yang dikeluarkan sendiri oleh KAB Gold. | 7. Emas fizikal yang ditawarkan oleh bank bukan dikeluarkan oleh bank itu sendiri. |
8. Premium yang dikenakan rendah untuk fizikalkan emas. | 8. Premium yang dikenakan tidak rendah untuk fizikalkan emas. |
Kebanyakkan bank hanya menawarkan simpanan emas melalui akaun sahaja dan tiada emas fizikal.
Disebabkan tiada kos tambahan untuk wujudkan emas fizikal, bank boleh menawarkan harga emas menghampiri kos emas mentah dunia atau spot gold.
Kebanyakkan urusan jual beli emas dibank tidak patuh shariah kerana tiada sandaran emas fizikal.
Setiap pembelian anda dijamin oleh KAB Gold mempunyai sandaran emas fizikal.
Samada belian secara Uncang Emas (UE) iaitu akaun emas atau secara fizikal.
Ini ada komitmen dari KAB Gold untuk memastikan KAB Gold dipandu Shariah.
Anda boleh melihat jumlah stok di website KAB Gold dan anda boleh membeli dengan yakin.
Nak beli emas sama ada untuk simpanan atau pelaburan, tak kisah mana-mana pun, kena pastikan syarikat tersebut ada emas fizikal dan tulen.
Cuma nak pastikan kita buat pilihan yang betul, pastikan kriteria penting yang ada pada syarikat tersebut:
1. Harga per gram murah
2. Spread (beza harga jual dan beli semasa) rendah
3. Jaminan 100% beli balik
4. Patuh syariah
5. Syarat jual beli tak cerewet
6. Emas fizikal wujud
Antara kelebihan Emas KAB Gold ialah :
1. Harga per gram rendah.
2. Kadar Spread antara yang rendah dipasaran.
3. Jaminan 100% beli balik.
4. Mesra Ar Rahnu.
5. Syarat jual beli tidak cerewet.
6. Dijamin patuh shariah.
7. Emas disertakan Sijil Ketulenan dan nombor siri.
8. Emas fizikal wujud.
9. Berpeluang untuk menjana pendapatan dengan menjadi Executive Partners.
10. Orang muflis juga boleh membeli kerana KAB Gold tidak terikat dengan sistem bank.
Setiap produk keluaran KAB Gold diuji dan disahtulenkan 999.9 oleh KL Assay. Anda boleh membeli dengan yakin tentang ketulenan emas KAB Gold.
Setiap urusan jual beli di KAB Gold sentiasa dipandu shariah dan dipantau oleh Penasihat Shariah KAB Gold.
"Nak kenal pasti KAB Gold adalah trusted atau scam, boleh semak di BNM Alert List
FINANCIAL CONSUMER ALERT LIST
https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
Sekiranya KAB Gold tidak ada dalam senarai tersebut, maknanya KAB Gold adalah trusted dan selamat untuk buat jual, beli atau pelaburan"
FINANCIAL CONSUMER ALERT LIST
https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
Sekiranya KAB Gold tidak ada dalam senarai tersebut, maknanya KAB Gold adalah trusted dan selamat untuk buat jual, beli atau pelaburan
Di website KAB Gold, setiap emas yang dijual dipaparkan Stok yang masih ada dan boleh dibeli.
Ini semua emas fizikal Belian Terus (BT) dan emas akaun emas Uncang Emas (UE).
Pelanggan tidak boleh beli jika stok habis.
Jadi pelanggan tidak ragu-ragu untuk membeli emas dan perak di KAB Gold, seiiring dengan syariah yang mana hanya boleh beli sekiranya emas itu wujud.
KAB Gold amat menitikberatkan syariah dalam seluruh operasi KAB Gold termasuklah urusan jual beli emas dan perak yang menjaga hak sebagai penjual dan juga pelanggan KAB Gold.
Perbezaan Harga Belian dan Jualan Semasa KAB Gold
- Uncang Emas : 9%
- 1 Dinar : 9%
- 5 Dinar : 8%
- 10 Dinar : 7.5%
- 10 gram dan ke bawah : 9%
- 50 gram : 7.5%
- 100 gram : 7 %
- 250 gram dan ke atas : 6 %
Premium Jualan Semasa KAB Gold bagi item Fizikal
1. Edisi Klasik
- 1 gram hingga 5 gram : RM 10
- 10 gram : RM 15
- 20 gram / 5 Dinar : RM 20
- 50 gram / 10 Dinar : RM 40
- 100 gram : RM 70
- 250 gram : RM 100
- 1000 gram : RM 250
2. Edisi Terhad
- 0.25 gram design Klasik : RM 0
- 0.5 gram design Klasik : RM 15
- Premium edisi terhad yang lain akan diumumkan oleh KAB Gold semasa pelancaran
Notakaki : Hanya emas Fizikal KAB Gold yang mempunyai premium boleh difizikalkan melalui Uncang Emas
Di KABGold menyediakan 2 kaedah belian iaitu
1. Belian Terus / Fizikal
2. Uncang / Akaun
Kedua-dua kaedah belian ini perlu di buat menerusi laman web KAB Gold.
Pelanggan dibenarkan untuk membeli secara walk-in di HQ dan semua branch.
Cuma pembelian masih perlu dibuat melalui online dan boleh ambil terus emas fizikal selepas selesai pembayaran.
Kaedah ini memberi kelebihan kepada pelanggan yang sudah menjadi Executive Partners untuk menerima insentif atas pembelian tersebut.
Sebaiknya beli la terus melalui website (https://kabgold.my).
Tetapi jika ingin membeli dari pihak ketiga seperti Executive Partner (dealer) KAB Gold atau penjual luar.
Anda sendiri perlu pastikan penjual dan produk itu betul.
Pihak KAB Gold tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa isu.
1. WhatsApp kepada admin untuk maklumkan Wakil akan mengambil item anda.
Admin KAB Gold https://wa.me/60103233341
2. Maklumkan butiran Item (No. Order) dan Wakil (Nama Penuh, IC, Hubungan dengan Pemilik Item) kepada Admin.
3. Masa di HQ atau cawangan, Wakil hendaklah bawa dokumen untuk pengesahan sebelum ambil:
- IC asal Wakil
- Salinan IC tuan badan item
- Invoice
3. Belian Terus
Belian Terus ialah salah satu kaedah pembelian yang disediakan oleh KAB Gold
Kaedah ini membolehkan pelanggan memilih terus jenis Fizikal yang ingin dibeli di website KAB Gold (https://kabgold.my).
Contohnya, jika pelanggan mahukan 1 gram Emas, pilih sahaja di website dan buat pembayaran untuk barangan tersebut.
Buat masa ini KAB Gold tiada perancangan untuk memperkenalkan Easy Purchase Plan (EPP) atau belian secara ansuran.
Ini disebabkan terdapat isu shariah yang sangat ketat yang perlu dipatuhi.
Contohnya duit pembayaran ansuran tidak boleh disentuh oleh KAB Gold sehingga pemilikan emas tersebut berpindah ke tangan pembeli.
Setelah kemaskini kaedah pembayaran dilakukan pada 15 Februari 2025, anda kini boleh membuat pembelian menggunakan kad kredit.
Jadi pembelian yang anda lakukan seolah - olah secara ansuran, tetapi ansuran dengan menggunakan kad kredit.
4. Uncang
Uncang adalah kaedah simpanan emas/perak paling mudah dan murah.
Uncang ialah akaun simpanan emas/perak oleh KAB Gold yang dijamin patuh syariah.
Buat masa sekarang, KAB Gold menawarkan
1. Uncang Emas (UE)
2. Uncang Emas Plus (UE+).
1. Akaun UE KAB Gold dijamin patuh shariah.
2. Akaun UE KAB Gold dijamin disandarkan dengan emas fizikal. Boleh tengok jumlah baki stok sebelum membuat pembelian.
3. Baki yang dipaparkan adalah dalam GRAM berbanding bank yang memaparkan dalam RM.
4. Tiada baki gram minimum wajib ditinggalkan di dalam akaun UE. Boleh keluarkan sehingga licin.
5. Boleh simpan emas dalam kuantiti yang sedikit iaitu minimum 0.2 gram bagi setiap pembelian melalui sistem. Kata pepatah "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
6. Tiada caj simpanan untuk gram emas di dalam UE.
7. Tiada had masa untuk simpanan di akaun emas UE.
8. Tiada syarat wajib membeli setiap bulan. Anda boleh beli dan jual bila-bila masa secara dalam talian.
9. Pembelian emas dalam kuantiti GRAM, anda tidak perlu berfikir bentuk emas anda semasa membeli.
10. Nilai GRAM emas di dalam UE tidak berubah walaupun harga emas berubah.
11. Boleh dikeluarkan fizikal dalam apa bentuk yang dikehendaki seperti 0.5 gram, 1 Dinar bahkan 1 kilogram pun boleh. Janji jumlah gram cukup saja.
12. Ada emas fizikal yang hanya terhad boleh dikeluarkan melalui UE sahaja.
13. Harga dikemaskini setiap jam 12 tengah malam melainkan terdapat perubahan harga drastik dipasaran.
Akaun UE ni adalah sebagai pilihan kepada penyimpan emas yang :
1. Tak mampu membuat pembelian item secara belian terus. Jadi simpan sikit-sikit dalam akaun sehingga capai gram, kemudian fizikalkan dalam bentuk yang kita mahu.
2. Tak berani simpan emas secara fizikal kerana tak yakin kawasan rumah selamat. Jadi simpan dalam UE.
3. Belum tahu bentuk emas fizikal yang diinginkan, tapi nak simpan emas. Jadi beli emas melalui UE..
Jika anda telah mendaftar sebagai pelanggan KAB, anda secara automatik mempunyai Akaun Uncang Emas (UE) secara percuma.
Jika anda belum mendaftar sebagai pelanggan KAB, boleh daftar menggunakan butang daftar dibawah :

Tiada baki gram minimum yang wajib ditinggalkan dalam akaun UE. Setiap gram boleh difizikalkan tanpa perlu menutup akaun UE.
Terdapat pilihan lain iaitu pembelian menggunakan Baucar Uncang Emas.
Anda boleh membeli baucar dengan denominasi RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100.
Cuma kekurangannya setiap baucar dicaj RM 0.50 setiap baucar, jadi untuk RM 10, kena bayar RM 10.50.
Tapi anda masih boleh membeli UE dengan harga yang jauh lebih murah.
Kadang-kadang anda boleh beli baucar ni dengan promosi tanpa caj RM 0.50 di kelas-kelas emas oleh KAB Gold.
Cuma kalau simpan RM 10 ja, lambat la nak cukup gram. Untungnya gram anda tetap bertambah.
Uncang Emas (UE) | Uncang Emas Plus (UE+) |
---|---|
1. Minimum pembelian 0.2gram | 1. Minimum pembelian 1gram |
2. Pengeluaran minumum 0.5gram. | 2. Pengeluaran minimum 100gram. |
3. Spread atau susut nilai ialah 9% | 3. Spread atau susut nilai ialah 7%. |
4. Harga adalah berdasarkan harga emas semasa | 4. Harga berdasarkan harga emas semasa tetapi lebih murah berbanding UE. |
5. Fokus untuk pembeli kecil - kecilan | 4. Fokus kepada pembeli yang inginkan gram yang lebih besar pada harga yang lebih murah |